Sunday, August 16, 2009

Pengertian Hari Kebangsaan Singapura


Tahun ini, Singapura menyambut hari kebangsaan yang ke 44. Hari Kebangsaan Singapura disambut pada haribulan 9 ogos setiap tahun. Hari Kebangsaan Singapura pada tahun ini disambut dengan meriah dan penuh semangat. Ia adalah satu daripada acara yang saya menanti-nantikan pada tahun 2009 ini. Saya tidak dapat menyaksikannya secara langsung tetapi saya dapat menontonnya di televisyen. Walaupun saya tidak dapat melihat api mercun, saya tidak menyesal kerana saya dapat menyaksikan persembahan yang disembahkan oleh pelakon-pelakon Mediacorp. Bukan sahaja ia menghiburkan, tetapi juga ia satu persembahan yang lucu. Pelakon-pelakonnya adalah Suhaimi Yusof dan seorang pelakon bangsa cina. Hari Kebangsaan tahun ini merupakan sesuatu acara yang bermakna kepada kita warga Singapura. Mereka juga mempersembahkan bagaimana mereka mengelakkan daripada keganasan. Saya kagum melihat persembahan mereka kerana mereka mempersembahkan bagaimana keganasan akan betul terjadi di dalam persembahan itu. Juga dengan adanya Hari Kebangsaan Singapura, kita warga Singapura akan mengingati semula bagaimana kita mencapai kemerdekaan setelah berpisah dari negera Malaysia. Sejak itu, Singapura telah berjaya untuk menghandal masalah-masalah yang Singapura hadapi. Kerajaan yang dibinakan sejak kemerdekaan telah membuat apa yang Singapura ada sekarang. Selain daripada latar belakang Singapura, pada pendapat saya, membaca Ikrar Singapura pada waktu 8.22 malam adalah satu-satu peluang untuk rakyat Singapura membacainya bersama-sama.

Monday, February 23, 2009

Hari Pertahanan Mutlak

Hari Pertahanan Mutlak jatuh pada 15 Februari 2009. Pada hari itu, saya telah mendengar sebuah siren pada waktu tengah hari. Ia boleh didengar di sekeliling Singapura. Ia adalah sebuah hari yang mempunyai banyak sejarah. Dalam pelajaran Social Studies, saya juga belajar tentang Hari Pertahanan Mutlak. Saya mempelajari 5 pertahanan yang amat penting iaitu pertahanan psikologi, pertahanan ekonomi, pertahanan sosial, pertahanan militari dan pertahanan sivil. Kelima-lima pertahanan ini adalah amat penting untuk kejayaan Singapura. Hari Pertahanan Mutlak mempunyai logo yang menarik. Ia mempunyai lima anak panah yang melambangkan kelima-lima pertahanan itu menunjuk ke arah atas. Dalam keseluruhannya, saya rasa Hari Pertahanan Mutlak telah memberi pesanan yang semua orang Singapura akan ingat pada masa yang akan datang.

Jenayah dan Remaja

Pada hari Isnin, haribulan 23 Februari 2009, sekolah saya mengadakan sebuah presentasi pada waktu "assembly". Tajuk presentasi itu adalah Jenayah. Sekolah saya memanggil seorang pegawai polis daripada Changi Neighbourhood Police. Pegawai polis itu bernama Inspektor Zulkarnain Johari. Dia telah menunjukkan kepada kami bahawa jenayah itu tidak harus dilakukan. Ia adalah perkara yang buruk dan tidak harus dicontohi. Dia telah mengulang lagi kepada kita tentang rekod jenayah. Jika kita mempunyai rekod jenayah, kita akan mempunyai masa depan yang gelap. Makna itu adalah kita tidak boleh mendapat kerja yang kita mengidamkan ataupun tidak boleh menyambung pelajaran kita di institusi yang tinggi seperti Polytechnic atau University. Dia juga telah menerangkan kami tentang kes pencuriaan yang dibuat oleh remaja-remaja masa kini. Dia menunjuk kepada kami video tentang seorang remaja yang telah mengalami kes pencuriaan. Remaja ini amat menyesal sekali tentang tingkah lakunya dahulu dan dia menasihati kami supaya kita tidak mengikut tingkah lakunya dan mengelakkan daripada pencuriaan. Selepas itu, inspektor Zulkarnain Johari menghabiskan presentasi itu dengan satu nasihat iaitu jangan pernah sekali cuba untuk membuat jenayah kerana ia akan merosakkan masa hadapan kami.

Azam-azam saya untuk tahun 2009

Pada tahun 2009, saya berazam untuk bekerja lebih keras untuk pelajaran-pelajaran yang saya lemah dalam. Tahun 2009 adalah sebuah tahun yang saya boleh berubah diri. Saya bertekad untuk belajar rajin dan tekun untuk peperiksaan "O level". Saya ingin memasuki kos aeronautical engineering ataupun mass comm. Itulah cita-cita saya untuk tahun ini. Saya harap dengan pembelajaran yang konstan, saya akan memenuhi impian saya pada tahun ini. Juga saya berazam untuk menjadi seorang lelaki yang soleh dan patuh kepada ibubapa. Saya banyak buat salah kepada mereka, jadi pada tahun ini saya akan berubah perangai tidak kira pada sesiapa teruatama sekali cikgu-cikgu sekolah saya. Saya bertekad untuk menghabiskan segala kerja yang mereka bagi kepada saya.

Monday, February 16, 2009

Adat Melayu

Adat dalam bangsa Melayu adalah amat penting. Kita harus menjaga cara dia bercakap sesama orang. Selalunya kita berbual dengan orang dalam bahasa pasar iaitu perbualan harian. Kadang-kala, kami juga tersalah cakap. Apabila perempuan melanggar sesuatu atau terjatuh, mereka akan melatah perkara yang tidak elok didengar. Perkara seperti gini kita harus mengelak. Kita harus mengelakkan mengguna perkataan-perkataan yang kasar. Tingkah laku ini tidak boleh dielak dengan sekelip mata. Kita harus mengamalkan mengguna perkataan-perkataan yang elok setiap hari dan lama-kelamaan, masalah ini akan dihapuskan.

84 Korban kebakaran hutan Australia

http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/0,3617,135339,00.html

Apabila saya telah membaca keratan akhbar ini, saya berasa bahawa kejumlahaan orang yang mati tidak munasabah. Mangsa kepada kebakaran hutan Australia ini tidak bersalah. Ramai orang yang dalam keadaan baik juga terkorban dan ada lagi jumlah orang yang teruk cedera. Saya berasa kasihan kepada orang-orang yang terkorban dalam kebakaran hutan ini. Mereka mati pun kerana khianatan orang lain. Itulah berapa jahatnya sebilangan kaum manusia kerana mereka tiada keperikmanusiaan. Kebakaran hutan Australia ini berlaku daripada angin kencang dan suhu yang melebihi 50 darjah celcius. Angin kencang itu lagi memerakkan api yang kecil untuk menjadi lebih besar. Api yang memerak itu memusnahkan ratusan rumah sekelilingnya seperti ratusan rumah di luar bandah Victoria. Dalam orang-orang yang terkorban, bukan sahaja orang dewasa tetapi juga kanak-kanak yang kecil. Api itu merebak seperti peluru. Saya rasa mereka harus bertindak cepat apabila malapetaka seperti gini berlaku. Mereka tidak boleh sahaja menunggu arahan. Mereka harus bertindak dengan cepat supaya nyawa-nyawa tidak banyak terkorban.

Sunday, February 08, 2009

Hari Minggu

Pada hari minggu, saya dan keluarga saya berjalan-jalan di pelbagai pusat membeli-belah. Satu daripada pusat membeli-belah yang kami telah pergi adalah Tampines Mall. Sesudahnya kami siap, kami menaiki kereta bapa saya. Perjalanan dari rumah saya ke Tampines Mall tidak berapa jauh. Ia cuma berapa kilometer sahaja.

Setibanya kami di sana, adik saya berasa lapar lalu kita mencari tempat untuk makan tengah hari. Tempat yang kami makan adalah McDonalds. Makanannya sungguh enak dan mengenyangkan tetapi tidak boleh makan makanannya selalu. Adik saya membeli set yang bernama "Mega McSpicy". Saya pada hari itu tidak rasa lapar jadi saya cuma kongsi makanan sama adik saya. Selalunya kalau dia tidak dapat habis makan, dia akan memberi saya.

Selepas kami sudah kenyang, kami mula sambung berjalan-jalan. Di Tampines Mall, ada banyak kedai-kedai yang menarik dan banyak dikunjungi seperti Isetan, Cotton On, Adidas, 77th street dan sebagainya. Tampines Mall juga mempunyai pawagam tersendiri. Itulah yang membuat Tampines Mall sangat terkenal di dalam Singapura. Orang yang mengunjungi Tampines Mall bukan sahaja tinggal Tampines tetapi di merata-rata tempat di Singapura. Saya membeli baju di isetan dan juga Cotton On. Bila saya hendak beratur untuk membayar, ramai orang sudah beratur sebelum saya sehingga luar kedai. Saya terpaksa tunggu untuk berapa minit.

Bukan saya sahaja yang beli baju tetapi adik saya dan ibu saya juga. Bapa saya cuma melihat sahaja apa yang kita beli. Selepas itu, kami sekeluarga sudah berasa penat lalu kami pulang ke rumah. Itulah hari minggu yang saya alami.

Thursday, January 29, 2009

Lelaki dituduh bunuh lepas humban anak dari jembatan ke sungai

SYDNEY: Seorang lelaki di Australia didakwa dengan pertuduhan membunuh selepas dia menghumban anak perempuannya berusia empat tahun dari jambatan yang merentasi sungai di Melbourne semalam, menurut polis.
Lelaki berusia 36 tahun itu, yang dipercayai terlibat dalam perebutan hak menjaga anaknya itu dengan isterinya, melempar budak berkenaan dari ketinggian 60 meter di Jambatan West Gate ke Sungai Yarra di bandar Melbourne.
Anak malang itu dikejarkan ke Hospital Royal Children's selepas ditarik keluar dari sungai, tetapi meninggal dunia empat jam kemudian.
Insiden itu disaksikan beratus-ratus pemandu yang melalui jambatan itu, sedang dua anak lelaki suspek, berusia enam dan lapan tahun, berada di dalam kereta ayah mereka, menurut polis.
'Tiada sesiapa pun berpeluang masuk campur... kerana semuanya berlaku begitu pantas,' kata detektif polis, Inspektor Steve Clark, kepada pemberita.
'Dia keluar dari kereta dan membawa anaknya itu ke tepi jambatan lalu menghumbannya ke sungai,' jelasnya.
Para saksi melaporkan hal itu kepada polis sekitar 9 pagi dan polis yang menaiki bot menyelamatkan budak itu 10 minit kemudian, kata Inspektor Clark.
Polis mengambil masa 45 minit untuk memulihkan pernafasan budak berkenaan di tebing sungai. Tetapi dia meninggal dunia empat jam selepas diterbangkan ke hospital dari tempat kejadian.
Suspek ditahan di luar bangunan mahkamah, kata jurucakap polis, Sarjan Creina O'Grady.
Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Dua anak lelaki suspek kini berada dalam jagaan polis, dan ibu mereka sudah diberitahu mengenai insiden tersebut. -- AP, AFP.


Menurut artikel di atas, kita boleh melihat perangai lelaki itu macam mana. Tidak elok lelaki itu sebagai Bapa kepada anak itu untuk bertindak begitu. Saya berasa kesian kepada anak itu kerana dia tidak bersalah. Dia tidak patut dibuang di dalam sungai itu walaupun dia sedang geram dengan isterinya. Tindakan dia itu amat salah dan dosa besar dalam segi Islam. Dia tidak mempunyai sifat sebagai Bapa yang bertanggung jawab. Jika saya jadi lelaki itu, saya akan tahan geram saya. Jika saya tidak boleh tahan juga, saya akan melepaskan geram kepada benda lain.

Saya pernah membaca artikel seperti gini bila saya masih kecil. Saya masih ingat bagaimana saya bereaksi setelah membaca berita itu. Pada masa itu, bapa saya ada di sebelah saya. Dia telah mengajar saya bahawa setiap manusia harus adakan disiplin pada diri sendiri dan kita harus bertanggung jawab dalam apa-apa perkara yang kita menghadapi. Kita sebagai orang Islam tidak sepatutnya menyeksa anak anak kami. Islam telah mengajar kita untuk menyayangi setiap insan, binatang-binatang di dunia ini dan sesiapa juga. Kita harus melayan orang sebagaimana kita hendak orang layankan kita.