Monday, February 23, 2009
Hari Pertahanan Mutlak
Hari Pertahanan Mutlak jatuh pada 15 Februari 2009. Pada hari itu, saya telah mendengar sebuah siren pada waktu tengah hari. Ia boleh didengar di sekeliling Singapura. Ia adalah sebuah hari yang mempunyai banyak sejarah. Dalam pelajaran Social Studies, saya juga belajar tentang Hari Pertahanan Mutlak. Saya mempelajari 5 pertahanan yang amat penting iaitu pertahanan psikologi, pertahanan ekonomi, pertahanan sosial, pertahanan militari dan pertahanan sivil. Kelima-lima pertahanan ini adalah amat penting untuk kejayaan Singapura. Hari Pertahanan Mutlak mempunyai logo yang menarik. Ia mempunyai lima anak panah yang melambangkan kelima-lima pertahanan itu menunjuk ke arah atas. Dalam keseluruhannya, saya rasa Hari Pertahanan Mutlak telah memberi pesanan yang semua orang Singapura akan ingat pada masa yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment