Monday, February 23, 2009
Jenayah dan Remaja
Pada hari Isnin, haribulan 23 Februari 2009, sekolah saya mengadakan sebuah presentasi pada waktu "assembly". Tajuk presentasi itu adalah Jenayah. Sekolah saya memanggil seorang pegawai polis daripada Changi Neighbourhood Police. Pegawai polis itu bernama Inspektor Zulkarnain Johari. Dia telah menunjukkan kepada kami bahawa jenayah itu tidak harus dilakukan. Ia adalah perkara yang buruk dan tidak harus dicontohi. Dia telah mengulang lagi kepada kita tentang rekod jenayah. Jika kita mempunyai rekod jenayah, kita akan mempunyai masa depan yang gelap. Makna itu adalah kita tidak boleh mendapat kerja yang kita mengidamkan ataupun tidak boleh menyambung pelajaran kita di institusi yang tinggi seperti Polytechnic atau University. Dia juga telah menerangkan kami tentang kes pencuriaan yang dibuat oleh remaja-remaja masa kini. Dia menunjuk kepada kami video tentang seorang remaja yang telah mengalami kes pencuriaan. Remaja ini amat menyesal sekali tentang tingkah lakunya dahulu dan dia menasihati kami supaya kita tidak mengikut tingkah lakunya dan mengelakkan daripada pencuriaan. Selepas itu, inspektor Zulkarnain Johari menghabiskan presentasi itu dengan satu nasihat iaitu jangan pernah sekali cuba untuk membuat jenayah kerana ia akan merosakkan masa hadapan kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment