Sunday, August 16, 2009

Pengertian Hari Kebangsaan Singapura


Tahun ini, Singapura menyambut hari kebangsaan yang ke 44. Hari Kebangsaan Singapura disambut pada haribulan 9 ogos setiap tahun. Hari Kebangsaan Singapura pada tahun ini disambut dengan meriah dan penuh semangat. Ia adalah satu daripada acara yang saya menanti-nantikan pada tahun 2009 ini. Saya tidak dapat menyaksikannya secara langsung tetapi saya dapat menontonnya di televisyen. Walaupun saya tidak dapat melihat api mercun, saya tidak menyesal kerana saya dapat menyaksikan persembahan yang disembahkan oleh pelakon-pelakon Mediacorp. Bukan sahaja ia menghiburkan, tetapi juga ia satu persembahan yang lucu. Pelakon-pelakonnya adalah Suhaimi Yusof dan seorang pelakon bangsa cina. Hari Kebangsaan tahun ini merupakan sesuatu acara yang bermakna kepada kita warga Singapura. Mereka juga mempersembahkan bagaimana mereka mengelakkan daripada keganasan. Saya kagum melihat persembahan mereka kerana mereka mempersembahkan bagaimana keganasan akan betul terjadi di dalam persembahan itu. Juga dengan adanya Hari Kebangsaan Singapura, kita warga Singapura akan mengingati semula bagaimana kita mencapai kemerdekaan setelah berpisah dari negera Malaysia. Sejak itu, Singapura telah berjaya untuk menghandal masalah-masalah yang Singapura hadapi. Kerajaan yang dibinakan sejak kemerdekaan telah membuat apa yang Singapura ada sekarang. Selain daripada latar belakang Singapura, pada pendapat saya, membaca Ikrar Singapura pada waktu 8.22 malam adalah satu-satu peluang untuk rakyat Singapura membacainya bersama-sama.

No comments: