Pada hari minggu, saya dan keluarga saya berjalan-jalan di pelbagai pusat membeli-belah. Satu daripada pusat membeli-belah yang kami telah pergi adalah Tampines Mall. Sesudahnya kami siap, kami menaiki kereta bapa saya. Perjalanan dari rumah saya ke Tampines Mall tidak berapa jauh. Ia cuma berapa kilometer sahaja.
Setibanya kami di sana, adik saya berasa lapar lalu kita mencari tempat untuk makan tengah hari. Tempat yang kami makan adalah McDonalds. Makanannya sungguh enak dan mengenyangkan tetapi tidak boleh makan makanannya selalu. Adik saya membeli set yang bernama "Mega McSpicy". Saya pada hari itu tidak rasa lapar jadi saya cuma kongsi makanan sama adik saya. Selalunya kalau dia tidak dapat habis makan, dia akan memberi saya.
Selepas kami sudah kenyang, kami mula sambung berjalan-jalan. Di Tampines Mall, ada banyak kedai-kedai yang menarik dan banyak dikunjungi seperti Isetan, Cotton On, Adidas, 77th street dan sebagainya. Tampines Mall juga mempunyai pawagam tersendiri. Itulah yang membuat Tampines Mall sangat terkenal di dalam Singapura. Orang yang mengunjungi Tampines Mall bukan sahaja tinggal Tampines tetapi di merata-rata tempat di Singapura. Saya membeli baju di isetan dan juga Cotton On. Bila saya hendak beratur untuk membayar, ramai orang sudah beratur sebelum saya sehingga luar kedai. Saya terpaksa tunggu untuk berapa minit.
Bukan saya sahaja yang beli baju tetapi adik saya dan ibu saya juga. Bapa saya cuma melihat sahaja apa yang kita beli. Selepas itu, kami sekeluarga sudah berasa penat lalu kami pulang ke rumah. Itulah hari minggu yang saya alami.
Sunday, February 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment