Thursday, January 29, 2009

Lelaki dituduh bunuh lepas humban anak dari jembatan ke sungai

SYDNEY: Seorang lelaki di Australia didakwa dengan pertuduhan membunuh selepas dia menghumban anak perempuannya berusia empat tahun dari jambatan yang merentasi sungai di Melbourne semalam, menurut polis.
Lelaki berusia 36 tahun itu, yang dipercayai terlibat dalam perebutan hak menjaga anaknya itu dengan isterinya, melempar budak berkenaan dari ketinggian 60 meter di Jambatan West Gate ke Sungai Yarra di bandar Melbourne.
Anak malang itu dikejarkan ke Hospital Royal Children's selepas ditarik keluar dari sungai, tetapi meninggal dunia empat jam kemudian.
Insiden itu disaksikan beratus-ratus pemandu yang melalui jambatan itu, sedang dua anak lelaki suspek, berusia enam dan lapan tahun, berada di dalam kereta ayah mereka, menurut polis.
'Tiada sesiapa pun berpeluang masuk campur... kerana semuanya berlaku begitu pantas,' kata detektif polis, Inspektor Steve Clark, kepada pemberita.
'Dia keluar dari kereta dan membawa anaknya itu ke tepi jambatan lalu menghumbannya ke sungai,' jelasnya.
Para saksi melaporkan hal itu kepada polis sekitar 9 pagi dan polis yang menaiki bot menyelamatkan budak itu 10 minit kemudian, kata Inspektor Clark.
Polis mengambil masa 45 minit untuk memulihkan pernafasan budak berkenaan di tebing sungai. Tetapi dia meninggal dunia empat jam selepas diterbangkan ke hospital dari tempat kejadian.
Suspek ditahan di luar bangunan mahkamah, kata jurucakap polis, Sarjan Creina O'Grady.
Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Dua anak lelaki suspek kini berada dalam jagaan polis, dan ibu mereka sudah diberitahu mengenai insiden tersebut. -- AP, AFP.


Menurut artikel di atas, kita boleh melihat perangai lelaki itu macam mana. Tidak elok lelaki itu sebagai Bapa kepada anak itu untuk bertindak begitu. Saya berasa kesian kepada anak itu kerana dia tidak bersalah. Dia tidak patut dibuang di dalam sungai itu walaupun dia sedang geram dengan isterinya. Tindakan dia itu amat salah dan dosa besar dalam segi Islam. Dia tidak mempunyai sifat sebagai Bapa yang bertanggung jawab. Jika saya jadi lelaki itu, saya akan tahan geram saya. Jika saya tidak boleh tahan juga, saya akan melepaskan geram kepada benda lain.

Saya pernah membaca artikel seperti gini bila saya masih kecil. Saya masih ingat bagaimana saya bereaksi setelah membaca berita itu. Pada masa itu, bapa saya ada di sebelah saya. Dia telah mengajar saya bahawa setiap manusia harus adakan disiplin pada diri sendiri dan kita harus bertanggung jawab dalam apa-apa perkara yang kita menghadapi. Kita sebagai orang Islam tidak sepatutnya menyeksa anak anak kami. Islam telah mengajar kita untuk menyayangi setiap insan, binatang-binatang di dunia ini dan sesiapa juga. Kita harus melayan orang sebagaimana kita hendak orang layankan kita.

2 comments:

Liya said...

Saya setuju pada pendapat Hazwan.
Lelaki itu tidak sepatutnya bertindak seperti itu, tidak kira betapa marahnya kepada sesuatu.
Dia adalah seorang yang tidak bertanggung jawab dan tidak fikir pada perasaan orang lain.
Dari itu, kepada semua, tolong jangan lah buat perkara bodoh ketika sedang marah.
Lebih baik ambil wudhu' dan duduk berzikir

Suliana (:

Nur Ashikin said...

Saya setuju dengan pendapat anda. Lelaki itu patut harus dapat mengawal kemarahannya. Juga dia patut tahu kesan perbuatannya.